music player
I made this music player at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 04, 2006

Up, up & away ...

Bukan cerita terkini.

Ameer jerit nak Bob! Hafiz pun jerit nak Bob jugak. Sorang nak Bob The Builder. Yang sorang lagi Sponge Bob. Both glued to the shop, admiring, drooling & pointing excitedly (all at the same time) to the colorful shapes & designs of helium balloons which I knew would soon be the subject of negotiation between mom & sons, source of crocodile tears and eventually traded to maintain parental sanity. Ibu kalah melayan permintaan anak-anak. Ameer & Hafiz emerged from the shop as the happiest kids on earth, smiling gleefully from ear to ear, holding one Bob each.

The damage? RM12 X 2 = RM24!!! Cekik darah betul kedai tu. Terbang duit ibu!

Habis beli belon, we hurried up to Kluang Station untuk berbuka puasa. Hafiz & Ameer makan sikit jer ( maklum ler, tak lapar....). Selebihnya berkejar ke sana ke mari dua beradik ni, menghela belon masing-masing. Since masa tu orang lain pun sebok berbuka puasa, so the aisle was clear. Nobody cared. Ibu perhati, ada jugak dating couples who looked on and smiled, admiring the kids. Dalam kepala ibu sempat terfikir, senyumlah korang sekarang, esok-esok when you've got kids of your own baru tau langit ni tinggi ke rendah. Nasty thoughts? hahaha...takde lah... bak kata bibi, ah yang bennnerr!

Tiba-tiba Ameer menangis. Hafiz pulak jerit, "No! No! Don't go!", sambil kepalanya mendongak ke atas. Ibu tengok Ameer dah bercangkung dan berjuraian air mata, menangis beriya-iya. Hafiz cuba memujuk, "Ameer, jangan nangis! Jangan nangis! Nanti kita suruh ibu beli lagi". Alamak! Tu yang tak sedap dengar tuh.

Ibu mendongak. Abang Idin & Ayah pun. And so did most of the other customers who were distracted from their sumptous juadah berbuka puasa by Ameer's wailing. Rupa-rupa nya Bob The Builder dah terlepas ke atas. Bob dah terbang ke ceiling. Ketinggian yang pada anggaran mata kasar ibu, tak kesampaian untuk digapai dengan tangan, walau berdiri atas bangku.

Ibu terus bergegas untuk memeluk Ameer dan mengelap air matanya yang boleh saja membanjiri Persiaran Surian and drown the whole world kalau tidak dihentikan. "Tali belon terlepas! Shian Ameer!", Hafiz membuat ulasan lintas langsung. Ameer pulak teresak esak, sambil merayu-rayu, "Ameer nak Bob Bidder, Ameer nak Bob Bidder!" Alahai sayunya. "Ok, ok, jangan nangis eh? Nanti kita beli yang lain", janji ibu tanpa fikir panjang.

Secepat kilat Hafiz mencelah, "Ameer good boy, don't cry ok? Ni amik Abang Hafiz punya balloon Sponge Bob", pujuk Hafiz sambil menghulurkan belonnya kepada Ameer. Whhooooaaa ... how cool? Brotherly love! Sejuk hati ibu dengar pujukan Hafiz untuk adiknya.

"Abang nak tau? Hafiz good boy tau....dia offer Sponge Bob dia kat Ameer", balas ibu. Hafiz sengih-sengih, malu konon. "Ye ke? Wahhh.... good boy Hafiz!", puji Abang Idin pula. Hafiz sengih lagi. Kali ni makin lebar. Ameer tak de reaksi apa-apa. Still numb. Saki baki air mata masih bergenang di kelopak mata. Mungkin masih terkenangkan Bob yang satu lagi.

Tapi kening Ayah berkerut, tanda ada perkara yang dia tak setuju. Ibu malas nak tanya. Bila Abang Idin & Hafiz leka bercerita benda lain, Ayah cuit ibu dan berbisik "I think he has an ulterior motive", sambil matanya mengerling ke Hafiz. "Hishh.... tak baik la Abang ni. Ok lah tu dia bagi belon kat adik dia", balas ibu in denial.

Lepas solat kami semua sepakat untuk pulang terus ke rumah. Sudah pastinya kena menempuh laluan yang sama - lalu depan kedai belon tadi. Oh ohhhh..... tiba-tiba aje hati ibu berdebar-debar. Banyak lagi sedara mara Bob kat situ!

Bila dah dekat dengan kedai belon tadi, Hafiz terus genggam tangan ibu kuat-kuat. Dalam hati ibu terdetik, oh tidak! tidak! tak mungkin! Tapi apa yang tersirat dah pun tersurat. Tepat kat depan muka pintu kedai belon tu, Hafiz terus aje menyeret ibu masuk ke dalam kedai sambil menuding jarinya ke arah satu belon. Kali ni gambar The Cars, 'Lightning McQueen' pulak. Dengan muka yang serius dan suara yang tegas bagaikan ketua perbarisan kawat kaki memberi arahan, dia berteriak, "Hafiz nak yang itu! Ibu belikan! Ganti yang Hafiz dah bagi kat Ameer tadi!".

Ayah tersenyum sinis. Dengan selamba dia berkata, "What did I tell you?"

Hmmm alahai..... ni betul-betul punya kes duit terbang. Belon terbang ke ceiling, duit ibu terbang ke awan!! Lagi RM12.

A price this mother had to pay, for celebrating a show staged by his five year old, too fast too soon.

Wassalam,
Ibu

4 comments:

dlt said...

mak aii... mahalnya satu belon RM12. mau kopak poket cam gini. sib baik baby kecik lagi, agaknya dah besar pun cam gitu kot. adui laaa.. kena suruh baby menabung start dari sekarang lah cam gini.

happyirfa said...

kelakar...
citer psl belon terbang ke siling duit ibu terbang ke awan..anak2 punya citer

Anonymous said...

I have to say, for a 5 year old he is good.. wayyy too good! hehe..

nuar said...

next time ibu bole makan at the real railway kluang station dkt kampung saya.. situ kalau belon terbang akan terus ke awan takkan tersekat di silling :)