Sudah seakan kelaziman, setiap tahun menjelang raya kami sekeluarga pasti berkunjung ke Ampang Park. Bukan untuk berbuka puasa di Cozy Corner. Tapi untuk merenung, menyentuh, membelek dan mencuba fabrik-fabrik indah yang sesuai dan mampu dijadikan baju raya untuk sang ibu, abang besar & abang-abang kecil. Seronok tengok variasi warna warni walaupun hanya untuk menjamu mata kerana kebanyakan pakaian yang berkenan di mata tak sesuai dibeli - samada sebab baju-baju tu tak cukup lebar untuk ibu atau harga melimpasi bajet. Abang besar lazimnya tak banyak songeh - asalkan ada saiz, warna sedondon dengan baju ibu & 3 orang askar-askarnya, kira dah cukup syarat.
Tahun ni tengahari gat-gat kami dah bergerak ke destinasi yang bisa meringankan dompet abang besar atau mencairkan kad kredit ibu kalau tidak beringat. Sepanjang perjalanan, lagu raya berkumandang di radio. Sesekali terdengar abang idin ikut menyanyi lagu raya - tapi bab korus ajer. Ameer terlentuk di pangkuan ibu sambil memerhatikan ketulan-ketulan awan yang katanya, "suka sangat ikut kereta kita". Hafiz seperti biasa menumpu sepenuh perhatian kepada kenderaan di jalanraya dan akan berteriak gembira sesuka hati tanpa amaran setiap kali dia terpandang "kereta mr bean". Teriakan yang pastinya akan mengembalikan ibu dari angan-angan melaram baju kebaya kepada realiti semasa.
Sedar tak sedar dah masuk kawasan meletak kereta. Penumpang-penumpang semua mula tegakkan kepala, bersedia untuk mendarat. Tapi.... alamak.... parking penuh la pulak. Ingat kan bergerak tengahari kot senanglah dapat parking. Anggapan meleset. Berderet-deret kereta beratur - lagak sorang-sorang pemandu bagaikan helang nak sambar anak ayam, bersedia untuk menyambar mana-mana slot tempat letak kereta yang kosong. "This is not going to be easy", kata abang besar sambil menggeleng kepala. Dia mula meronda perlahan-lahan sambil memerhati kiri dan kanan. Askar-askar ibu pun sibuk memantau.
Lepas "tawaf" 2 - 3 kali, kami terpandang sebuah kereta nun di hadapan dah mula nak gostan keluar. Askar-askar ibu bertiga pun dengan segera meniup semboyan, "Tu nak keluar tu!!! Cepat ayah! Cepat!!!" Abang besar pun apa lagi.... vrrooom ke hadapan & menghidupkan lampu 'signal' sebagai memberi isyarat dia "chop" slot kereta yang nak keluar tu. Askar-askar bertiga pun dah mula teruja. Ibu lagi ler teruja. Dah terbayang baju-baju raya bagai melambai-lambai sambil merayu-rayu, "bawak lah aku pulang.... bawak lah aku pulang....." Abang besar terus mengambil kedudukan strategik, agak ke hadapan sedikit dari kereta yang dah nak keluar tu, agar dia boleh mengambil alih tempat yang sama secara 'reverse parking'. Mutiara katanya, "biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Maksudnya, bila dah penat shopping dan nak keluar parking nanti, tak payah susah-susah sakit tengkuk menoleh ke belakang. Ibu akur saja. Bukannya tengkuk ibu..... so apa-apa jer lah.
Sedang kami menanti penuh harapan, selamat saja kereta tadi keluar dari parking slot tu, tiba-tiba saja muncul kereta warna putih dari belakang meluncur laju mencelok - baik punya celok - mencopet the exact parking slot yang abang besar dari tadi dah berpeluh-peluh "chop".
"WEIIIYYYYY !!!!", hampir serentak kami anak-beranak ter-menjerit. Ibu menjeling ke dash board, lampu isyarat yang abang besar nyalakan tadi masih setia pejam celik pejam celik. Terasa menyirap darah ibu. "Apa hal mangkuk ni?!", terpacul keluar dari mulut abang besar dengan nada keras menunjukkan kemarahan dia mendidih secara mendadak. Askar-askar terpinga-pinga, dari wajah mereka jelas terpancar kekeliruan dan kekecewaan; ada juga orang dewasa "kurang pengajaran" yang tak faham bahasa lampu isyarat? Abang besar terus menarik hand brake dan melangkah keluar. Dalam hati ibu terdetik gusar, "Biar betul abang besar ni. Nak bukak gelanggang ke? Rasanya dulu-dulu dia tak sempat khatam kelas taekwando....".
Tapi seperti yang dijangkakan, abang besar yang memang boleh tahan terkenal dengan kesabarannya menyapa dan menegur dengan sopan, "Err.... sedara! Kami dah tunggu dari tadi ni". Ibu cuma diam memerhati, dengan harapan pemandu kereta putih tu akan gostan dan keluar semula.
Malangnya dengan selamba si mamat pemandu kereta putih pencopet parking tu keluar dari keretanya sambil menjawab dengan nada kurang pengajaran, "Eh! Engkau kan dah ke depan tadi? Aku masuk la .... Engkau cari je lah tempat lain!"
Ishhh...... Berdesing telinga ibu, bagai terasa gegendang telinga bergetar. Panas! Tegang! Kalau bibi ikut, mesti dia tambah lagi satu vocabulary. Genting !
Ibu mengetap bibir menahan geram. Askar-askar pulak dah mula menjengukkan kepala ke luar tingkap kereta untuk menonton sandiwara orang dewasa.
"La.... kan kami dah pasang signal dari tadi. Tak kan tak nampak kot?", sahut abang besar. Nada suara dah agak mula tinggi sikit.
Si mamat kereta putih terus menjawab dengan biadap, "Eh! Engkau kan dah ke depan tadi kan? Apa hal ? Dah ke depan tu terus jer lah ke depan. Aku masuk la parking!".
Ibu terkedu! Betul ker apa yang ibu dengar ni? Darah yang dah menyirap tadi rasanya melonjak terus ke tahap maksima. Terasa seakan-akan gunung karakatao akan meletup pada bila-bila masa saja. Dalam benak fikiran dah terbayang segala macam perkara yang boleh di buat kalau nak balas dendam. Tapi sabar...sabar... bulan Ramadhan.
Sejurus kemudian si minah pula melangkah keluar dari pintu sebelah . Penuh bergaya, meletakkan sunglasses di atas kepala dan terus beredar ke arah anak tangga untuk ke kompleks tanpa menoleh ke belakang pun kepada kami sekeluarga. Si mamat masih terkial-kial nak kunci kereta - secara manual.
Abang besar menarik & menghela nafas panjang. "Astaghfirullah hal azim ........ Kenapa buat cam ni? Kau tak puasa ker?" tambah abang besar lagi. Bila terdengar soalan abang besar tu, si mamat tadi bagai terpaku sedetik. Dia melemparkan pandangan kepada abang besar. Tapi sekadar melemparkan pandangan. Dia buat tak tahu saja dan pertanyaan abang besar itu akhirnya tidak diendahkan langsung oleh si mamat tu dan dia beredar saja dari situ dengan berlagaknya.
Ibu rasa degup jantung ibu semakin kuat. Terasa bagai boleh keluar asap dari hidung macam Loch Ness Monster. Ibu genggam tangan sendiri kuat2 menahan geram.
"HOW RUDE !", abang idin bersuara. Hafiz pulak menambah, "Ibu, kenapa orang tu ambik parking lot ayah? " Baru ajer ibu nak buka mulut nak menjawab, abang besar terus memintas dan menjawab, "hmmmm..... orang tu tak tahan nak pergi toilet agaknya. Tak per lah, biar kan dia. Kita cari tempat lain".
Geram ibu masih terbuku di dada. Dalam tak sedar, ibu dah capai pen dan sekeping kertas dalam glove compartment dan terus menconteng, "A$$ H( )7E" Errr....oppsss!Toooooooot ! Tapi memang tu lah yang ibu conteng kat kertas tu - tindakan refleks di luar kawalan. Abang besar menjeling dan menepis kertas tu dari tangan ibu. Dia menoleh ke belakang takut2 kalau askar-askar sempat terlihat apa yang ibu tulis.
"Can I leave that ( kertas tu ) on his windscreen?", pohon ibu kepada abang besar - tapi dengan nada yang sangat rendah sebab malu pulak kalau askar-askar terdengar. I couldn't believe I asked that but I really did. And worse was that I was also actually hoping that abang besar would let me do it. Ibu mengutip semula kertas yang ditepis abang besar tadi.
"Hishhh...... dah lah tu! Let it go. Kita tengah berpuasa ni kan? Jangan sampai ibadat puasa kita tak diterima. Lagipun kalau dia calar kereta ibu ni nanti, ha.... sapa nak jawab?"
Ibu terkedu sekejap. Betul la tu pesan abang besar tu. Malu la pulak rasanya. Tapi geram betul. Ibu terus menarik nafas panjang untuk memberi laluan oksigen ke otak dan beristighfar 2-3 kali untuk menenangkan hati. Askar-askar diam jer, samada tak berani nak masuk campur ataupun masih confused dengan 'sketsa' tadi.
Ibu diam jer. Abang besar senyap. Askar-askar sunyi sepi.
Ibu menarik nafas panjang sekali lagi. Abang besar pun.
He turned towards me and touched my right hand lightly. "Dah lah eh? Let it go. Biar lah dia. Mungkin ada hikmah di bulan puasa ni", pujuk abang besar lagi dalam usaha menenangkan hati ibu. Ibu diam saja. Ibu pun sebenarnya tak nak lah rutin menjelang raya kami tahun ni tercemar begitu sahaja hanya kerana akibat kekurangan pengajaran sesetengah manusia. Tak berbaloi rasanya. Tapi tak nafi kan terbuku rasa geram di dada.
Abang besar kemudian menyambung semula usaha pencarian tempat meletak kereta.
Baru lewat satu pusingan, setibanya kami di exactly the same row yang terjadinya kemelut parking tadi, kelihatan sebuah kereta mula "gostan" untuk keluar dari kotak nya. Abang besar tersenyum lebar. Belum pun sempat abang besar mengaktifkan lampu isyaratnya, tiba-tiba beberapa buah kereta lagi di hadapan kelihatan mula bergerak keluar dari tempat letak kereta masing-masing.
"Look ayah! Look! Here! There! And there too! And .... everywhere....." Abang Idin berteriak gembira sambil menuding jari ke banyak arah. Oh la la! SubhanaAllah. MasyaAllah. Dalam beberapa kelip mata sahaja, tiba-tiba tersedia 4 atau 5 buah petak kosong untuk dipilih.
"See... see.... see...... now we are spoilt for choice!" abang besar bersuara. Ibu masih tak terkata apa-apa. Tergamam dibuatnya.
Abang besar meluncurkan kereta ke hadapan sambil memerhati kiri dan kanan. Yang mana satu nak pilih ni? Tak lama kemudian dia memperlahankan kereta dan memberi lampu isyarat tanda dia chop satu petak berdekatan.
"Akhahahaha ", Abang idin ketawa. Ibu tersenyum. Ameer & Hafiz? Blur.
Ayah membuat reverse parking untuk masuk ke petak letak kereta pilihan dia. Di sebelah kanan beliau elok saja terletak sebuah kereta berwarna putih yang kami cam sangat!
Ibu buka glove compartment dan mencampakkan kertas yang ibu conteng tadi kedalamnya.
Sambil melangkah keluar dari kereta, ibu menoleh ke arah kereta putih di sebelah kanan. Dalam hati bersuara, " hmmm..... nampaknya kita berjiran la sekejap di bulan Ramadhan ni ya? ".
Setiap yang baik dan indah itu datangnya dari Allah SWT. Dan perangai-perangai yang kurrreeennng sikit tu, sekiranya ada, timbul dari kejahilan diri kita sendiri.
"The real winners in life are the people who look at every situation with an expectation that they can make it work or make it better."
Wallahualam....
Ibu
I made this music player at MyFlashFetish.com.
Sunday, October 29, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
It was the same couple that stole my parking spot at KLCC. He used the same languange. I let him take the spot, made one round, came back and scratch the car with my car keys.... a long gashing scratch... the we paid our ticket and left the place...
Whoa...masih berleluasa manusia macam tu ek?
I often wondered how do these people live with such conscience ekk?
-tumpang lalu : Ayah, care to let me know your plate number(s) - nanti kalau aku nampak kat parking , I will give my spot to you. *takut weh*
Kalau I .. memang dah lama kena ´maki´ that driver kereta putih
tu..
tapi like you said.. sebab ada anak-anak sekeliling... kena ´tapis´ our
words.
Kmar, Barcelona
laaa ibu ... ingatkan cerita baju raye warna ape, pesen ape ... rupanya cerite parking !
ayaaa kami shopping kat Giant Shah Alam je, banyak parking !
hihihi kita pon ingat nak citer pasal baju raya... nway about the rude drivers, memang banyak camnih.. kita pernah terkena sekali kat OU ngan tesco.. selambaa je amik parking. my hubby stared je dr dalam keta.. kena sabar je lah layan orang yang takde sivik ni **grr
masih ada lagi manusia yang mcm ni.....
mak aih, saya yg bace pon naik panas ati .. so far tak penah jumpe lg mcm tuh .. tak respect org langsung
Faizah
well for me penyabar is the winner.. :)
Post a Comment