music player
I made this music player at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 09, 2008

Lapuran lintas langsung dari Kuantan

Hari ini masuk hari ketiga semenjak bibi meninggalkan Malaysia untuk pulang bercuti ke kampung halamannya di Demak, Semarang, Indonesia.

'Pemergian' beliau .... sebenarnya.... masih belum terasa.

Mengapa?

Kerana kami anak beranak sekarang sedang melepak di MS Garden Hotel di Kuantan, mengekori Ayah yang terpaksa bertugas di luar kawasan musim raya qurban ni. Atas dasar keperihatinan seorang isteri mithali (konon....), Ibu sanggup berkorban sama, maka tak lah 'balik kampung' untuk raya tahun ni. Sebaliknya kami semua melepak di Kuantan.

Pagi semalam selepas Ayah selesai solat Aidul Adha, kami anak beranak bertolak ke rumah Mak Uda yang cuma sepelaung saja dari hotel ni. Merasalah juga juadah hari raya seperti rendang, lontong, kuah kacang dan segala. Tok (ibu Ayah, ibu mertua Ibu) juga sebenarnya masih di rumah Mak Uda. Jadi suasana hari raya masih dapat dinikmati sedikit sebanyak walau tidak sehiruk pikuk suasana raya yang lazimnya di rumah Mak Long di Damansara. Petang semalam, Ibu membawa empat orang anak-anak Mak Uda (semuanya perempuan la pula!!! Alangkah bahagia nya....) dengan tiga orang anak-anak ibu pergi menonton cerita animasi Bolt. Seronok rasanya.

Hari ini, di saat menulis lintas langsung ini pula, anak-anakku yang bertiga itu sedang terkinja2 dan menjerit2 sesama sendiri, dilamun 'terlebih perasan' menjadi juara lumba kereta atau wira Jepun yang terulung. Bahana bermain PS2 di bilik hotel.

Pagi tadi, tidak seperti hari hari yang terdahulu, cuaca cerah - memberi peluang kepada mereka bertiga bersuka ria di kolam renang hotel, tak ubah seperti itik jumpa air. Bezanya cuma itik pandai berenang. Ibu mengambil peluang mengemaskini sedikit polisi dan menghantar email melalui akses internet tanpa wayar di tepi kolam - sambil menjeling-jeling "anak-anak itik" itu.

Kedudukan hotel ni memang strategik, hanya beberapa langkah saja jaraknya dari Berjaya Mall. Ada restoran makanan segera, ada panggungwayang, ada spa, ada Parkson, dan macam-macam lagi. Jadi tak gusarlah Ayah meninggalkan Ibu dan anak-anaknya di sini, kerana beliau sudah sedia maklum dengan Ibu yang boleh 'survive' dengan cemerlang kalau ditinggalkan berdekatan pusat membeli-belah. Alangkah bagusnya kalau Ayah berbuat demikian sambil meninggalkan kad kredit 'supplementary' sekali? Tapi itu lah... dia memang sudah sedia maklum kepandaian isterinya. Jadi mungkin dia harus berwaspada atas kewibawaan dan kecemerlangan Ibu dalam acara membeli-belah.

Dengan gambaran di atas, tidak hairanlah kalau pemergian bibi setakat ini masih belum terasa.

Apakah panas akan terus berpanjangan hingga ke petang? Oh tak mungkin.... kan musim tengkujuh ni! Gerimis dan hujan lebat pasti menyusul tak lama lagi.

Kita nanti kan saja lah ulasan berita mutakhir bagaimana Ibu menangani pemergian bibi pulang bercuti.

Buat masa sekarang ..... kita enjoyyyyy dulu..... muahahahahaha......

18 comments:

en_me said...

ehehe, samerlar bibik me pong balik kampung cuti, tapi kat palembang gittewww.. salammmz

wanshana said...

Hmmmm, looks like you're stacking up all the fun and relaxation to last you for the next 2 weeks, huh? Good move, Ibu ;)

After that, good luck with the temp maid. If she's half as good as your Bibik, you'll be okay I guess (unless you'll have to fill up the other half...)

Tak per...New Year Celebration, kita tak payah congegrate kat Emerald. Kita boleh gi serang Saujana Impian pulak ;)

the principal said...

Hotel tu quite near dengan kedai Intan's Oven; our junior. Next time kalau gi Kuantan, dont forget to singgah her shop.

mamasita said...

Have a good time kat Kuantan ye.Opposite megamall ada a nice seafood restaurant;New Horizon Restaurant,reasonably priced tapi food very sedap and place sangat bersih.

Nak makan beriani pulak go to Alif restoran sebelah megamal.Nice beriani.

Nak beli cheap artworks please let me know!hahaha..my orang kampong artists standby 24jam!

Ayah said...

amboi amboi.... santai di kuantan..
selamat berhari raya aidil adha kepada Ibu sekeluarga...

tireless mom said...

Itulah dia ibu yang berkarier. Walaupun bercuti, tetap dengan menyemak polisi dan menghantar e-mel seolah olah pejabat tidak boleh berfungsi tanpa dia.

Just to share, I was maidless for 5 months, and that is when I know that some of the buttons of the shirts of my kids have gone missing, there was stubborn stain on the uniform and I need to starch some of my husband's shirts which were out of shape. Welcome to the two shifts: morning shift career woman and night shift: bibik!

Cherry said...

ibu itik ... seronoknya dia menikmati percutian yang santai mantai.

Kmar said...

Enjoy, jangan tak enjoy... he.he.he.. Selamat bercuti!!

Uncle Lee said...

Hello Ibu, just dropped by to say hello. Hope you and family semua in fine health.
Best regards, Lee.

IBU said...

en me,

huhu... samer samer ler kena berjuang menghadapi cabaran era zaman ini...all d best!

IBU said...

Shana,

I shall have to get reference check from Joe as the temp maid will rotate from her place.

Just imagine, Sarah & Adam vs Idin, Hafiz & Ameer. Mau pengsan the temp bibi if she knows in advance! So....shhhh... don't scare her yet. Tak kesah lah if half as good as Bibi ku itu.... The other half..... err.. kita simpan untill Bibi comes back ler. LOL!!!

Oh yes.. Saujana Impian, dah siap ke belum eh? Must do some calling-calling.

IBU said...

Principal,
Yer ke? Aiseh... reading this a bit too late. Would have made a visit if not. Takpe, next time must go have a peek. Thanks for the info!

IBU said...

Mamasita,

Thanks for the tips on jalan2 cari makan. UNfortunately, I was left to handle 3 boys while Ayah went off to handle his project. So was rendered helpless when choosing eateries. KFC, McD & Pizza Hut won the vote hands down!

Artworks? Wahhh... I like..... must get in touch sometimes!

IBU said...

Ayah,

Thank you & same to you to. Err... not quite the same la kot eh? It's raining here while snowing there?

IBU said...

Tireless Mom

hehehe.... what made u think it was office mail that I was accessing? No ma'am - I'm not as workaholic as some others. And the office surely functions just as much if not more - without my presence. Empowerment gitewww....

And yeah, it's true.... baru perasan some of Ayah's shirts - collars dah 'haus' ( case bynk sgt daki ni? working very hard, no? hehehe....) and kaki seluar pun dah jadi trendy! Sempatlah refreshing my skills menyembat kaki seluar using the hotel sewing kit! Ayah would be so impressed!!!! huhu....

IBU said...

Cherry....

Enjoying while I still can. Esok dah balik Rawang - merana!

IBU said...

KMAR my fren....

Thank you, thank you....

IBU said...

U Lee....

Thanks for hopping by. And thanks for the well wish. I sure do hope my family will remain in good health under my temporary charge - now that Bibi has gone on vacation. Sigh....

Hope u & family are in the best of health too.