Enak sungguh menjamu mata tengok beg, kasut, baju dan segala benda yang diperagakan di kedai-kedai baru di situ. Sempat juga mencuba beberapa pasang kasut. Tapi semua yang 50% off dah kehabisan saiz 6, 6.5 dan 7. Bagus lah tu. Ada hikmahnya! Ayah gumbira.
Kita turun ke Food Republic di tingkat bawah untuk makan malam. Banyak pilihan. Makanan Jepun ada, Nasi Padang ada, Western ada, Vietnamese ada, Thai ada. Laksa Singapore ada. Rojak Penang ada. Teh tarik pun ada. Harga, boleh tahan lah..... Tapi Bibi tak mau makan. Katanya, di rumah masih banyak makanan, nanti siapa yang mahu habiskan? Membazir saja. Jadinya Bibi kongsi rojak buah dengan Ibu. Bibi makan nenasnya, sebab Ayah tak bagi Ibu makan nenas buat sementara waktu.
Ibu lihat, Bibi ralit memerhatikan sekeliling. Tengok bermacam juadah yang dijual. Tengok orang "Londo" ( yes, without the 'n'. Yes, it's meant to be London. Kita panggil orang putih atau mat salleh.) Tengok deretan "kembangan" yang di hadiahkan kepada penyewa lot kedai makan (congratulatory flower arrangement for the food court opening). Tengok orang pakai baju sekerat nampak pusat. Kita semua makan. Bibi kuis-kuis rojak, sambil terus mengamati persekitaran.
Sedang syiok menjamu selera dan menikmati suasana, tiba-tiba Abang Idin bersuara.
"Ibu, do you know something?"
"No"
"Ibuuuu!!!"
"What?!"
"I want to tell you something"
"Shoot"
"Last season kan, Man U vs AS Roma, guess what was the score like?"
"Alah... manalah Ibu tau"
"Ummphhh...Lopek la Ibu ni. 7-1 tau!"
"Wahhh... terrornya Roma!!!" (saja nak usik Abang Idin).
"Ehhh! Man U yang 7 la! Roma 1 aje ..."
"Ohhh.... Ingatkan Roma yang menang."
"Mana ada.... Mestilah Man U!"
"Eleh..... Roma lopek! Boleh lah Man U berlagak!"
"Ehhhh! Roma tu boleh tahan tau. Tapi Man U lagi terror!"
"Kan Hafiz kan, Man U terror kan? Hafiz suka Man U kan?"
"Arsenal." (jawab Hafiz pendek, sambil menghirup sup bebola ikan.)
"Ek eleh dia ni. Ameer! Ameer suka Man U ke atau Roma?"
"Inter Milan!" (jawab Ameer selamba, terkebil-kebil.)
"Ayah?"
"Selangor"
"Hahaha... Lopek lah semua orang".
"Cuba Abang tanya Bibi"
"Uh? Iya? Saya? Ada apa?" (balas Bibi dengan slang Indonnya, agak terkejut namanya disebut).
"Bibi......." (Abang Idin meleret manja, harapan terakhirnya untuk memartabatkan Man U, pasukan kegilaannya.)
"Iya.... Ada apa sih?"
"Bibi suka Man U ke atau Roma"
"Uh? Apa-apa an Idin ni. Apa saja lah!"
"Alah Bi, cepatlah, Man U ke Roma, pilih satu"
"Uh... tak tau lah Bibi. Apa saja lah kamu suka"(agak cemas suara Bibi.)
"Tak boleh Bi. Kena pilih satu, Man U atau Roma. Yang mana satu Bibi suka"
"Man U? Roma?" (Bibi kelihatan keliru seketika).
"Ha... Bibi tau tak Man U dengan Roma?"
"Ah? Oh iya, iya! Roma Bibi tau"
UHH? BIBI TAU ROMA?
Kami semua terdiam sejenak, terkejut beruk mungkin - sebab Bibi tau Roma. Mana bisa?
"Macam mana Bibi tau Roma?" (tanya Abang Idin, sah terkejut dengan kenyataan Bibi).
Semua orang diam, tak sabar nak tau.
"Iya lah... dia tu bagus. Sudah naik Haji lebih dua kali!"
"Uh? Roma naik haji? Roma mana ni Bibi?" (Abang Idin kebingungan)
Semua yang lain masih diam, berdegap degup jantung menunggu jawapan Bibi.
"Alah ... Roma tu lah. Dia kan terkenal di Indonesia. Pandai menyanyi. Suaranya bagus!"
Ibu dan Ayah macam nak tersedak rasanya.
"Rhoma Irama!!!" (serentak bersuara, diikuti dengan derai ketawa).
Abang Idin masih kebingungan. "Roma pandai menyanyi? Apa benda ni?"
Hafiz dan Ameer tak ambil pusing. Sibuk menyudu bebola ikan.
Ibu & Ayah masih tak tahan gelihati, ketawa berterusan.
Bibi tersenyum-simpul dan ketawa kecil sendirian.
Man U vs R(h)oma
Pandangan dua dunia
Agak berbeza :)
Pandangan dua dunia
Agak berbeza :)
- Rakaman memori di Food Republic, Pavillion, KL -
( Jumaat 9 hb Nov, 2007, 8.00pm )