music player
I made this music player at MyFlashFetish.com.

Thursday, May 28, 2009

Ace for Ameer

Ameer was having high fever during his exam week recently and ended up taking the papers 3 days later.

His kindy teacher was quite worried for him, because he was still recuperating and not quite as chirpy and bouncy as normal.

I was the one who pacified the teacher, it's ok, no worries la teacher..... it's just mid term exam.... hehehe....

(In case you are wondering..... ha'ah... kindy kat Rawang ni got mid-term exam! Don't play-play! 5 subjects altogether; English, BM, Science, Maths & Arts).

He brought home his results earlier this week...

Si kenit tu, yg nak jadi Ghobot Bumble Bee, Ninja & entah apa-apa lagi..... who was still not fully recuperated from his fever when he took his exam, scored straight As surprisingly.


Oh well.... almost.... A- for Arts (agaknya dia kaler rambut orang warna purple lagi kot?)

100% for 2 subjects & 98% for another two. I looked at the papers with 98% and noticed that the points deducted were insignificant ,e.g. number "2" tulis senget sikit, and "9", the tiang tak cukup panjang. Oh well... the teacher has got to find some errors lah kan? Takkan nak bagi dia straight 100% semua kot? So no big deal la..... Bagi chan kat cikgu dia.

It was a pleasant surprise indeed for both Ayah & Ibu... Alhamdulillah....

A nervous alert for Hafiz (who's sitting for his exam this week only).

A relief for his teacher. (She's taking him to McDonalds this Sunday. But I think she's taking them all out, not just Ameer) .

As a reward, I bought him Mentos (yes, the candy, orange flavour) & a white t-shirt with Bumble Bee (the ghobot) print from Tesco. Cheap-cheap one only.

He was happy enough, and said "Nak jumpa Anis nanti, boleh pakai baju ni". HAHAHAHA....
No need to guess hard what (or rather who) his motivator is - to score straight As.

Salam,
Ibu

Friday, May 22, 2009

Tentang 'Murah Rezeki' dan 'Anak'

This post has got no relation what so ever to my current mak buyung condition.

Rather, a random sharing of what I heard over the radio this morning.

The station? IKIM. Ayah's choice as set alarm/wake up call every morning after the azan.

I don't know how (or rather choose not to know how) to 'operate' the radio. So I let it be.

And I thought, ok what pagi2 dengar IKIM? (Dalam kereta lain channel....hicks!!!)

Walau pun sekadar setengah jam dalam rutin bersiap di pagi hari sebelum ke tempat kerja - every little helps. Walau sebesar zarah. Indeed.

*******************************************************************************
Pagi tadi berkenaan anak & rezeki.

Siapa pernah minta doa murah rezeki? Tipu lah kan kalau kita jawab tak pernah sekali pun!

For most of us, paling busuk pun at least sekali - mesti pernah memanjatkan doa untuk dimurahkan rezeki.

Tapi ramai juga terlupa nak sambung, "biar lah rezeki itu dari rezeki yg halal dan baik......"
(peringatan untuk diri ibu sendiri.....)

Pagi tadi kat radio, Ustaz tu berkongsi cerita, masa sessi kaunseling untuk ibu bapa .... ada ibu bapa yang mengadu nasib kat Ustaz....

"Tak tau kenapa dan apa silap kami sehingga anak kami ni nakal / jahat / kurang ajar / biadap / ponteng sekolah / gagal periksa / hisap ganja / minum arak / seks rambang / etc / etc / etc .... Pelajaran & tuisyen, kami utamakan. Kelas agama & mengaji, kami upah khas ustaz datang mengajar. Buku/peralatan sekolah lengkap. Makanan lazat dan sihat. Duit belanja sekolah secukupnya. Pengangkutan terurus. Rumah selesa. Waktu berkualiti / percutian bersama keluarga pun kami tak lupa. Kami sendiri pun sebagai ibu bapa, rasanya menunjukkan contoh yang elok kepada anak kami (puasa, solat, mengaji, budi bahasa, etc, etc ). Tapi kenapa pulak dia jadi macam ni, perangai tak senonoh? Kami buntu Ustaz. Tak tau apa silap kami."

Apabila ditanya tentang perkara2 atau contoh2 buruk yang mungkin ada dilakukan oleh ibu bapa tersebut, hampir kesemuanya dinafikan sekeras2 nya.

Setelah puas soal selidik latar belakang ibu bapa, secara zahir & logiknya, Ustaz berpendapat memang tidak masuk akal kenapa anak tersebut sanggup berperangai sebegitu sehingga tidak menyenangkan hati & perasaan ibu bapa tersebut.

Tapi kebingungan terurai apabila satu soalan cepumas diajukan kepada ibu bapa tersebut.

"Macam mana dengan sumber pendapatan tuan & puan? Adakah dari punca rezeki yg halal dan baik?"

Kedua ibu bapa tersebut terus terdiam. Membisu seribu bahasa.

Pertanyaan di ulang sekali lagi.

Berdesing bagai halilintar menembusi gegendang telinga kedua ibu bapa tersebut, menyedarkan mereka dari lamunan mereka selama ini.

Walaupun pada zahirnya mereka itu nampak sama sahaja seperti kebanyakan ibu bapa muslim moden yg lain; dari kalangan keluarga yang baik2, berpendidikan sederhana-tinggi, kerjaya yang bagus dan boleh diterima di mata masyarakat, bekerja dari pagi sampai petang, TETAPI soalan Ustaz yang terakhir itu membuatkan mereka teringat kepada perkara-perkara lain yang telah terlepas pandang dari mata kasar mereka sebelum ini.

Mereka teringat akan ......

Habuan dari kontraktor/konsultan samada yang bentuk kewangan secara tunai atau caruman tetap ke akaun semasa setiap bulan ataupun yang berbentuk barangan yang berharga mahupun pakej percutian, malahan juga bantuan mengubahsuai kediaman atau perkhidmatan membaikpulih kenderaan tanpa sebarang caj yang diterima atau diminta tanpa segan silu.....

Sogokan wang dari pembekal agar proses penyemakan dan pembayaran bil dipercepatkan dari tempoh yang sepatutnya tanpa sebarang dokuman pengesahan .....

Tuang kerja dalam lingkungan 1-2 jam setiap hari. Antaranya hasil himpunan waktu dari keluar sarapan, tengahari, minum petang lebih dari waktu yang dihadkan, melayari internet selain dari tujuan rasmi bekerja, berborak bergossip dengan kawan sepejabat atau melalui telefon, membelek majalah hiburan yang tiada kena mengena dengan soal kerja - kesemuanya tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa perlu untuk menggantikan semula jam-jam yang terhimpun itu ......

Membuat tuntutan perjalananan yang lebih dari had / polisi yang ditetapkan ......

Membuat tuntutan palsu seperti 'reimbursement of claims / out of pocket expenses' untuk menjamu & melayan klien, walhal membawa family pergi makan2 di restoran mana-mana, membeli hadiah untuk klien atau rakan niaga ketika urusan melawat kilang di luar negara, walhal membeli cenderahati untuk sanak saudara dan kawan2 sepejabat, meminta peniaga menaikkan harga yang ditulis dalam resit pembelian agar boleh membuat tuntutan lebih walhal kos sebenar yang dibelanjakan jauh lebih rendah......

Dan sebagainya.......

Dan sebenarnya perkara-perkara diatas jika dikira semula dan ditukar ke bentuk wang tunai, jumlahnya secara purata bulanan mungkin sahaja melebihi dari jumlah gaji yang rasmi tercetak di slip gaji ibu bapa tersebut.

Sang ibu bapa itu tersentak dari mimpi buruk mereka.

Kelu lidah untuk berkata.

Tapi terasa seperti sebilah pisau yang tajam menikam menembusi jantung, disusuli dengan perahan limau nipis ke atas luka tikaman yang masih berdarah itu.

Mereka tersedar, rupa-rupanya anak mereka sebenarnya selama ini bukanlah dibesarkan dengan sumber pendapatan yang boleh dikira sebagai rezeki yang halal dan baik .......

Ustaz bertanya secara umum, siapa yang tidak mahukan murah rezeki? Rezeki yang melimpah ruah?

Kalau kita berdoa dan berusaha bersungguh, insyaALLAH akan dikabulkan.

TAPI kita jangan lupa berusaha keras dan tekad berdoa agar rezeki yg murah dan melimpah ruah yang dikurniakan kepada kita untuk menampung dan menyara keluarga kita, adalah dari sumber yang halal dan baik.

Justeru, agar darah yang mengalir dan daging yang memejal dalam tubuh kita, suami/isteri kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita juga akan terbit dan terbentuk dari sumber rezeki yang halal dan baik; tanpa syak dan ragu-ragu.

********************************************************************
Ada kala balasan untuk perbuatan kita di"bayar" tunai depan mata.

Persoalannya, samada kita sedar atau tidak?

Kita manusia. Mudah lupa Mudah lalai. Mudah leka.

Catatan hari ini sekadar ingat mengingat kan sesama kita, lebih-lebih lagi peringatan untuk diri ibu sendiri, ke jalan yang lebih lurus dan benar dan bercahaya.

Semuga dapat kita fikir-fikirkan bersama dan mengambil pengajaran yang sewajarnya.

Tepuk dada tanya selera.

Wassalam,
Ibu

Tuesday, May 19, 2009

1 minute fame

Yeah.... so I might have secured 1 minute worth of newspaper reading time from some people today.... hehehe....

Half page, above the men's shoes. Front page online (snapshot summary). hmmm .... not bad an allocation.

Sure enough I received some feedbacks via sms, email & phone calls from my "fans" ( err... and one via blog comment too :).

Some actually alerted by me in the first place. Hahaha.... gila glamer aper?

But let me share with you some of the feedbacks, which I thought are enlightening :

1. "Your pix looks good" ( from someone outside "fan club" - I know, pay awards is due in 2 mths time, so no surprise....)

2. "Very proud of u la... terus lari masuk resource centre" (from hubby's niece, yes - stay sweet dear, I promise I shall sponsor the well known "Grade A Choice" eggs (bunga telur) for your wedding)

3. "Dah nampak this am. 'Hubby' pointed out!" (from one Majlis Tertinggi member - even the hubbies are keeping eyes on us!! Alamak....)

4. "Alamak mem, kenapa tak pakai baju lip-lap masa interview? And what retails skills are u talking about? Maybe boleh try? " (from another Majlis Tertinggi member - see? eyes for details... bling-bling yg dia cari....sah MT!!)

5. "U ni, posing pun macam debator ... " ( from yet another Majlis Tertinggi member - hello friend, I tak posing pun tau.... dia 'tangkap' during live interview. So sejak azali style cam tu la agaknyer?)

6. "Wah. Aku dah baca article kau..... Besaunya gambar! Tak nampak perut pun!" ( who would dare to comment like that if not another Majlis Tertinggi member? Kah!kah! kah! Aiya Mdm! Kalau nampak perut, at least orang tau la I am not naturally tembam ok? Rather buatan orang tu..... )

7. "I saw oredi. Waaaaaa memang ada gaya. Was trying to spot the ring on d finger la...." ( tidak syak lagi, obviously has to come from another Majlis Tertinggi member. Tak boleh buat apa la kan kita ni semua? rings, bling-bling, gemuk vs kurus... that shall continue to be our key highlights of any day's discussion..... hehehe..... Mdm, for the record, not the Mont Blanc ring)

8. "Sis, cantik gambar you, Well done" ( from my junior Srikandi. errr... thank you sis. But well done on the news coverage ker? Or well done on the photo editing to cover up my pimples? Musykil nih...)

9. "Mdm, read ur interview today. Good job!" ( from ex-colleague... thanks dear! Ber-madam madam pulak you! hehehe)

10. "Glamer... front page, btimes. Ada staff dah tanya" ( from non other than my no 1 fan, my hubby. hehehe... tell your staff, if they want to apply, they can send their CVs through you. Moonlight as recruitment agent, bley? )

Cukup la kan..... 1 minute fame, as I said.

Orang lain keluar masuk paper saban hari tak ambik pusing pon! Kita sekali sekala, terasa la glamer dak? hehehehe.....

Itu lah cerita ibu hari ni.

The real message of the news article ? Ah... serious stuff like that, next time lah :)

Cheers!

Thursday, May 14, 2009

I cheated .......

The temptation too strong.

The curiosity uncontrollable.

The waiting game unbearable.

And so I cheated.

I found the answer online - on American Idol official website.

OHHHHOHOHOHOHOOOO....... Sedihnya....... My favourite has been booted out.

Ayah, you have to console me tonite. I am sad, very very sad .......


p/s I confessed to Ayah last night, "Sorry lah Bang, I so minat kat this Idol. But I think one of the reasons is because he resembles you in some ways, really....." ( cover line, cover line, hehe!). Last weekend when we were in England (err... the Optical), I even asked Ayah to choose a frame like 'his'. Maybe after this I should ask Ayah to start 'simpan jambang' like him. Uhuhuhu.....

Sunday, May 10, 2009

Mother's Day Treat

"Ibu, this weekend, you just relax okay? It's Mother's Day weekend", said Hafiz.

"Cool ..." I said, "Are you boys going to have a special treat for me this weekend?"

"I will massage your body & feet!" volunteered Hafiz, motioning the karate-chop that he usually rendered for my back & shoulder.

"I will draw cartoons for you - lots & lots of cartoon!", said Ameer.

"Good! And who's going to cook for me?", I threw in the twist.

"Err... Masak?!!! Ala..... Hafiz tak tau masak la Ibu...." he replied in a very serious tone.

"Nanti takut kena api la Ibu!" added Ameer.

Ayah either pura-pura tak dengar or chose tak nak dengar kot.

" Hmmm..... okaylah.... tak pe, nanti dah besar esok, belajar masak sedap2 & masak untuk Ibu okay? "

"OKAY!!!!" they boys cheered.

Then suddenly Hafiz asked, "Err... apa yang senang nak masak, Ibu?"

Alamak.... he asked me, this Ibu? Apa yang senang nak masak? Oh oh.... in trouble!

"Err...... Maggi maybe?!" came my instant reply, as instant as the 'dish' itself.

"HA AH LAH IBU!!!! Yess.... I think I can cook for you on Mother's Day!!!! Yes, I will cook something for you!", replied Hafiz jubilantly.

"AMEER pun!!!" yg kenit pun joined sama.

" Ye ke? Okay... surprise me then.... "

*******************************

This morning - I woke up to the chirpy & melodic greetings of "Happy Mother's Day, Ibu!" from Hafiz, followed by "Here's your 'Breakfast In Bed' ....."

The menu?
Maggi Hot Cup chicken flavour
Jelly beans in a lovely apple shape candy container

Courtesy of Hafiz & Ameer ........ cute kan? So sweet.....

Thank you, my lil darlings. You are my world too!


HAPPY MOTHERS' DAY TO ALL MOMMIES OUT THERE ....